Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka
telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka
telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun
mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai
keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan
simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal
dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu
pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan
dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Cinta tidak pernah
meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak
pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ
ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang,
dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa
Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah
memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.
Itulah namanya Cinta.
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah
sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi, ”Saya air
mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah
kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu, ”Saya
air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang
mencintai saya berlalu begitu sahaja.”